Diskaun premium tanah sehingga 25% diteruskan Kerajaan Negeri Sembilan untuk tahun ini. Diskaun tersebut diberi khusus kepada pemaju dan pemohon yang menjelaskan bayaran premium sekaligus dalam tempoh 30 hari dari tarikh penerimaan notis kelulusan pembangunan tanah.

Menteri Besar, Datuk Seri Aminuddin Harun menambah, pengurangan 15% pula diberi kepada mereka yang menjelaskan bayaran dalam tempoh 60 hari kelulusan.  Terdahulu, beliau mempengerusikan mesyuarat Exco di Seremban.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini