Selangor terpaksa bekerja keras sehingga ke penghujung perlawanan sebelum melakar kemenangan tipis 2-1 ke atas Kuching City FC di Stadium Tan Sri Hassan Yunos, Larkin.

Pemain gantian Nik Muhammad Sharif Haseefy Mohd Lazim muncul wira The Red Giants apabila meledak gol kemenangan pada lewat babak kedua selepas kedudukan terikat 1 sama.

Pada aksi itu, Selangor terlebih dahulu di hadapan menerusi Ahmad Danial Asri, namun Kuching City bangkit mengikat kedudukan hasil jaringan Michael Ijezie pada minit ke-67.

Keputusan itu menyaksikan Selangor yang juga juara 33 kali, mengesahkan slot ke suku akhir dengan 9 mata di tangga kedua, manakala Kuching City pula kekal di tangga ketiga dengan satu mata.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini