Komuniti nelayan tempatan memain peranan penting dalam membanteras jenayah rentas sempadan di perairan Johor.

Kerjasama mereka bersama Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (MARITIM) Johor, terbukti berhasil dengan peningkatan tangkapan berkaitan dadah sepanjang tahun ini.

Pengarah MARITIM Johor, Laksamana Pertama MARITIM, Nurul Hizam Zakaria berkata, hubungan baik tersebut akan terus diperkasa menerusi Op RedBack bersama Australian Border Force.

Mereka ditemui selepas menyampaikan bantuan makanan asas dan jaket keselamatan kepada penduduk Kampung Punggur Laut, Senggarang, Batu Pahat, Johor.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini