Tiga bot fiber tanpa nombor pendaftaran ditahan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia, Zon Maritim Kuala Perlis petang semalam.

Bot yang ditahan pada kedudukan kira-kira 2.6 hingga 2.9 batu nautika barat daya Kuala Perlis sekitar jam 5.30 hingga 5.45 petang semalam disyaki melakukan pelbagai kesalahan.

Turut ditahan, tiga tekong bersama empat kru kesemuanya warga tempatan berumur lingkungan 20 hingga 66 tahun.

Satu set tangguk siput dianggar bernilai RM500 dan hasil laut jenis siput retak seribu seberat 550 kilogram dirampas.

Menurut Pengarah Zon Maritim Kuala Perlis, Komander Maritim Mohd Shafie Paing, pengesanan hasil aduan awam menerusi Pusat Operasi Zon Maritim Kuala Perlis.

Kesalahan dilakukan di bawah Akta Perikanan 1985 Seksyen 8 (a) kerana mengendalikan bot tanpa lesen yang sah.

Selain itu, kes turut disiasat dibawah Seksyen 11 (3) (c) kerana memasang peralatan menangkap ikan tanpa kebenaran.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini