Mayat seorang nelayan tempatan yang disyaki terjatuh dari bot di perairan Sipitang, Sabah, telah ditemui.
 
Pengarah Zon Maritim Labuan,  Kapten Nudin Jusoh berkata, mangsa, Muhd Iqbal Daud, 43 tahun dilaporkan hilang semasa menangkap ikan di pesisir pantai awal pagi semalam.

Pusat Opreasi Zon Labuan menerima maklumat berkaitan kehilangan mangsa pada pukul 8.15 pagi sekaligus mengaktifkan OP Carilamat yang memfokuskan pencarian di kawasan sekitar lima batu nautika dari lokasi terakhir mangsa dilihat.
 
Mayat mangsa kemudiannya ditemukan di kawasan Sungai Buntu kira-kira pukul 1.50 tengah hari sebelum diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut.
 
Operasi tersebut turut melibatkan kerjasama daripada polis, Jabatan Bomba dan Penyelamat, Agensi Pertahanan Awam serta komuniti maritim setempat.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini