Nelayan di Melaka menyambut baik pengumuman perluasan liputan perlindungan sosial negara di bawah PERKESO yang dibentangkan kerajaan pusat menerusi Bajet 2022, semalam.

Ia dilihat mampu mengurangkan risiko jika berlaku sebarang kemalangan ketika keluar menangkap ikan.

Antara yang ditemui mengalu-alukan inisiatif tersebut yang dilihat suatu usaha kerajaan menjaga kebajikan mereka sebagai salah satu komponen dalam industri makanan negara.

Terdahulu, Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz mengumumkan, nelayan dan menangkap ikan termasuk dalam sembilan kategori bekerja sendiri yang bakal menerima inisiatif di bawah PERKESO dengan nilai caruman 80 peratus.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini