Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) mengesan nelayan Vietnam bekerja dengan bot nelayan tempatan yang menjadi dalang dalam menyampaikan maklumat bagi memudahkan nelayan asing menceroboh perairan dan mencuri hasil laut negara.
 
Kegiatan berkenaan terbongkar selepas pihak APMM berjaya memintas perbualan alat perhubungan antara bot nelayan asing itu dengan bot tempatan. Kegiatan berkenaan telah dibuktikan selepas penahanan dua buat bot nelayan Vietnam dan 25 nelayan Vietnam termasuk dua tekong berusia antara 18 dan 50 tahun Ahad lalu.
 
Dua bot berkenaan berjaya ditahan dalam Ops Kuda Laut dan Ops Khas Naga Barat pada jarak 65 batu nautika dari Kuala Kemaman, kira-kira jam 9.00 pagi Ahad lalu.

Hasil pemeriksaan, APMM merampas 500 kilogram pelbagai jenis hasil laut bersama 2,000 liter minyak diesel serta alat tangkapan bersama dua buah bot yang kesemuanya dianggarkan bernilai RM3 juta.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini