New Zealand akan memperluaskan mandat vaksinasi COVID-19 terhadap ribuan pekerja yang dikategorikan sebagai kumpulan yang bekerja rapat dengan pelanggan.

Pelaksanaan mandat baharu itu bermakna kira-kira 40 peratus pekerja di negara itu perlu melengkapkan vaksinasi atau berdepan risiko hilang pekerjaan. Mandat baharu itu diperluaskan kepada pekerja sektor berisiko tinggi seperti hospitaliti, salun rambut dan gimnasium.

Dengan sistem baharu ini, operasi perniagaan boleh beroperasi di semua tahap sekiranya mereka mengesahkan sijil vaksinasi pelanggan.

Perdana Menteri, Jacinda Ardern menegaskan pelaksanaan mandat baharu itu memberi kesaksamaan terhadap pelanggan dan pekerja. Ia juga berperanan besar dalam mengekang penularan COVID-19 di premis perniagaan.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini