Seorang lelaki maut ditembak Polis New Zealand selepas bertindak menikam dan mencederakan sekurang-kurangnya enam individu di sebuah pasar raya di Auckland.

Suspek, lelaki warga Sri Lanka tang menetap di New Zealand sejak 10 tahun lalu itu diketegorikan ‘pelampau ganas’ yang berada dalam senarai dihendaki polis.

Lelaki tersebut terbunuh selepas 60 saat menyerang beberapa individu di pasar raya berkenaan dan didakwa serangan dilakukan kerana terpengaruh dengan kumpulan militan IS.

Penyedia Khidmat Ambulans St John dalam satu kenyataan memaklumkan, daripada enam mangsa yang cedera, tiga daripadanya kritikal.

Sementara itu, Perdana Menteri New Zealand, Jacinda Ardern menyifatkan serangan tersebut sebagai satu lagi kejadian buruk melanda negara itu dan akan memastikan siasatan terperinci dilakukan.

Pada masa sama, Perdana Menteri Jacinda Ardern memberitahu, New Zealand diletakkan pada tahap berwaspada terhadap serangan pelampau selepas insiden berdarah dua buah masjid di bandar Christchurch pada 15 Mac 2019.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini