New Zealand tidak akan membuka semula sempadan kepada pelancong asing sekurang-kurangnya lima bulan lagi.

Bagaimanapun, negara itu kini secara perlahan-lahan melonggarkan beberapa sekatan yang ketat.

Warga New Zealand yang terkandas di Australia dibenarkan pulang mulai pertengahan Januari depan.

Manakala ,  mereka yang melakukan perjalanan dari negara lain akan dibenarkan kembali pada bulan Februari.

Bagaimanapun, di bawah pelan tindakan pembukaan semula secara berperingkat ini .; warga asing perlu menunggu sehingga akhir April depan.

Sejak New Zealand menutup sempadannya pada Mac tahun lalu , semua ketibaan antarabangsa perlu menjalani kuarantin di hotel selama dua minggu .

Kini, pelancong akan dikuarantin selama tujuh hari dengan syarat mereka lengkap vaksin dan lulus saringan COVID-19.

Langkah itu mendapat tentangan hebat daripada warga New Zealand di luar negara.

Ramai warganegara tidak dapat pulang untuk menziarahi keluarga yang meninggal dunia kerana tiada bilik kuarantin disedia.

Mulai bulan depan India, Pakistan, Indonesia, Fiji dan Brazil tidak lagi diklasifikasikan sebagai negara berisiko tinggi.

Ia menjadikan warganegara mereka layak ke New Zealand mulai 30 April depan.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini