New Zealand melaporkan kematian pertama membabitkan varian Delta.

Kes kematian itu membabitkan wanita berusia 90an dan mempunyai sejarah penyakit kronik.

Masalah kesihatan wanita berkenaan menyebabkan dia tidak boleh diberikan bantuan pernafasan atau rawatan di unit rawatan rapi.

Menurut Kementerian Kesihatan tempatan, sebanyak 20 kes baharu COVID-19 membabitkan penularan tempatan dilaporkan di Auckland hari ini.

Auckland bandar raya terbesar di New Zealand dikenakan sekatan pergerakan Tahap Empat dan seluruh negara pula di bawah sekatan Tahap Tiga. 

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini