New Zealand akan menamatkan perintah berkurung selama tiga setengah bulan di Auckland, iaitu bandar terbesar di negara itu, awal bulan depan.

Hal itu diumum Perdana Menteri, Jacinda Ardern.

Ia bagi memberi tumpuan kepada pelaksanaan strategi baharu mengawal penularan COVID-19.

Mulai 2 Disember ini, New Zealand akan melaksanakan respons baharu COVID-19, yang pertama kali dibentangkan bulan lalu, bertujuan mengekang penularan varian Delta.

Ia sebagai alternatif kepada sekatan COVID-19 yang diperkenalkan sebelum ini yang gagal mencapai sasaran sifar COVID19.


MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini