New Zealand menangguhkan rancangan pembukaan sempadan negara itu. Ia susulan kebimbangan penyebaran varian Omicron di peringkat global ketika ini.

Menteri Hal Ehwal COVID-19, Chris Hipkins memaklumkan, ia sebagai langkah berjaga-jaga kepada kesan Omicron terhadap sistem kesihatan manusia yang kini masih belum dipastikan.

Perjalanan tanpa kuarantin yang sepatutnya dibuka untuk warga New Zealand di Australia mulai 16 Januari, turut ditunda sehingga akhir Februari 2022.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini