Hasrat pemain bintang Brazil, Neymar untuk beraksi di Copa Amerika tidak kesampaian selepas mengalami kecederaan buku lali kanan ketika beraksi menentang Qatar dalam perlawanan persahabatan. Pada perlawanan itu Brazil mencatat kemenangan 2-0. Kecederaan yang menimpa Neymar yang merupakan antara pemain termahal dunia merupakan tamparan hebat buat tuan rumah Brazil. Kejohanan membabitkan negara-negara Amerika Selatan itu dijadual bermula seminggu lagi dengan Brazil akan menentang Bolivia.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini