Terus suarakan pandangan bagi memperkasa ummah. Demikian saranan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Hal ehwal Agama, Idris Ahmad kepada pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Islam tempatan demi memastikan pembangunan agenda dakwah di negara ini terus diperkukuh.

Jelasnya, setiap pihak mempunyai kepakaran tersendiri dan akan saling melengkapi antara satu sama lain. Beliau merasmikan Program Pertemuan Pemimpin Amal Islami dan NGO Islam anjuran Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (Yadim) di Putrajaya.

Program dialog dan pertukaran idea itu disertai pemimpin 120 NGO Islam seluruh negara yang menganggotai Majlis Amal Islami Malaysia di bawah Yadim.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini