Amalan dan kesedaran untuk mendaftar dari awal, selain niat untuk mengerjakan haji sekeluarga menjadi kenyataan apabila dapat mengerjakan rukun Islam ke-5 itu bersama-sama.

Tiada perkataan lain selain syukur dipilih menjadi tetamu Allah apabila dapat merealisasikan impian menunaikan ibadah itu pada tahun ini.

Beberapa Jemaah yang ditemui memanjatkan kesyukuran kerana niat untuk mengerjakan haji bersama ahli keluarga terbalas apabila mendapat surat tawaran pada tahun ini.
 
Rata-rata mereka mendaftar dan menyimpan didalam Tabung Haji dari awal, disamping tidak putus asa membuat rayuan agar dapat beribadah bersama di kota suci Mekah dan Madinah.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini