Pemandu F1 kelahiran Rusia, Nikita Mazepin dibenarkan untuk bersaing musim ini, namun di bawah bendera berkecuali.

Perkara itu disahkan Persekutuan Automobil Antarabangsa (FIA) yang turut mengenakan peraturan sama kepada pelumba dari Belarus.

Mazepin kekal bersama pasukan Haas (Has) musim ini bersama rakan pasukan, Mick Schumacher dari Jerman.

Keputusan FIA itu dibuat semalam, sehari selepas gesaan Jawatankuasa Olimpik Antarabangsan (IOC) untuk mengharamkan penyertaan semua atlet dari Rusia dan Belarus.

Terdahulu, badan induk sukan F1 itu telah pun menggugurkan Grand Prix Rusia yang dijadual berlangsung pada September sebagai tanda solidariti terhadap Ukraine yang kini sedang diceroboh tentera Rusia.

Beberapa perlumba ternama termasuk Sebastien Vettel dan Fernando Alonso juga sebelum ini menyatakan pendirian untuk tidak akan berlumba di sana.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini