Bekas ketua pengendali Bayern Munich, Niko Kovac dipecat daripada kedudukannya di Kelab Liga 1, Perancis, Monaco.

Beliau yang mengambil alih tugas tersebut daripada Robert Moreno pada Julai 2020 dimaklumkan berkait keputusan majlis tertiggi kelab, semalam. 

Desas desus bertiup kencang di Monaco sejak pasukan berkenaan menamatkan saingan di tangga ketiga musim lalu, namun tersingkir daripada Liga Juara-Juara Eropah.

Meski berjaya membawa Monaco ke final Piala Perancis namun tewas di tangan PSG, Monaco memulakan kempen musim ini dengan rekod kurang baik apabila kalah tiga perlawanan daripada enam perlawanan awal liga.

Setakat ini, mereka masih belum berjaya ke kedudukan lima terbaik Liga 1 musim ini seperti yang diminta pengurusan.

Turut dilaporkan, pemain yang dibeli pada musim panas termasuk penyerang Belanda, Myron Boadu dan sayap Jerman, Ismail Jakobs masih mengalami kesukaran menyesuaikan diri serta menjalankan fungsi dalam pasukan setakat ini.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini