Nilai eksport koko dijangka meningkat dua kali ganda tahun ini kepada RM14 bilion.

Perkembangan dipacu potensi pasaran besar komoditi itu di peringkat antarabangsa.

Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi;  Datuk Zuraida Kamaruddin  optimis koko berpotensi menjadi penyumbang utama kepada pendapatan negara.

Pendapatan daripada hasil koko dijangka bertambah dengan penubuhan hab perdagangan koko di Pelabuhan Tanjung Pelepas dalam masa terdekat.

Datuk Zuraida ditemui selepas melancarkan video komersial dan promosi koko di Putrajaya. 

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini