Nilai eksport Malaysia melepasi paras RM1 trilion bagi sepuluh bulan pertama, tahun ini.

Ia berbanding RM803.3 juta tempoh sama tahun lalu.

Ketua Perangkawan, Datuk Seri Dr.Uzir Mahidin dalam kenyataan hari ini menyatakan nilai eksport yang kukuh itu sejajar dengan pemulihan ekonomi global.

Tambahnya, ini adalah tempoh terpantas nilai eksport mencecah satu trilion yang pernah direkodkan.

Eksport ke pasaran utama khasnya ASEAN, China, Amerika Syarikat, Kesatuan Eropah (EU) dan Jepun merekodkan pertumbuhan dua angka.

Eksport ke ASEAN pula mencatatkan nilai bulanan tertinggi. Selaras dengan prestasi eksport, import juga mencatatkan pertumbuhan dua angka 21.8 peratus kepada RM801.2 bilion.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini