Nilai jualan bagi Bazar Ramadan dan Aidilfitri tahun ini berjumlah RM2.4 bilion.

Data tersebut diperolehi menerusi Kajian Khas Bazar Ramadan dan Aidilfitri 2022, dilaksanakan Jabatan Perangkaan Malaysia, DOSM.

Kajian yang bermula 3 hingga 29 April lalu, melibatkan semua bazar yang berdaftar dengan Pihak Berkuasa Tempatan.

DOSM turut memaklumkan, bagi tempoh tersebut lebih 156,000 peluang pekerjaan diwujudkan.

Selangor mendominasi nilai jualan bagi Bazar Ramadan dan Aidilfitri, menyumbang 643.1 juta ringgit dengan bilangan pekerja seramai 31 ribu orang.

Ini diikuti Kuala Lumpur dan Johor.

Ketiga-tiga negeri tersebut menyumbang 55.5 peratus kepada nilai jualan keseluruhan.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini