Kerajaan meluluskan 40 projek berkaitan industri aeroangkasa dengan nilai pelaburan berjumlah RM3.8 bilion dari 2017 hingga Jun 2021.

Menurut Menteri di Jabatan Perdana Menteri Ekonomi, Datuk Seri Mustapa Mohamed, menerusi pelaburan berkenaan, sebanyak 4,563 peluang pekerjaan diwujudkan.

Tambah beliau, ia melibatkan pekerjaan berkemahiran tinggi yang menawarkan peluang pekerjaan kepada juruteknik dan jurutera tempatan.

Industri tersebut dijangka menjana pendapatan berjumlah RM30 bilion dan mewujudkan lebih 30,000 pekerjaan menjelang akhir 2025. 

Ketika ini, negara menjadi hab aeroangkasa kedua terbesar di Asia Tenggara yang menempatkan 230 syarikat berkaitan dengan pendapatan lebih RM16 bilion pada 2019

Beliau menyampaikan ucaptama pada webinar ‘Memperkukuh Industri Aeroangkasa Malaysia dalam Rancangan Malaysia Ke-12.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini