Datuk Seri Norazlan Mohd Razali dilantik sebagai Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Pencegahan), Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) yang baharu berkuatkuasa hari ini. Beliau menggantikan Datuk Sri Shamsun Baharin Mohd Jamil yang bersara wajib.

Beliau yang merupakan Pengarah Kanan Siasatan SPRM sebelum ini, pernah memegang jawatan sebagai Pengarah Bahagian Pengurusan Intergriti Agensi, Pengarah SPRM Selangor. Datuk Seri Norazlan 57 tahun, pernah menerajui Akademi Pencegahan Malaysia dan Ketua Staf Pejabat Eksekutif Ketua Pesuruhjaya SPRM.
 
Sementara itu, Pengarah Kanan Bahagian Operasi Khas, Datuk Hishammuddin Hashim pula dilantik sebagai Pengarah Kanan Siasatan SPRM yang baharu berkuatkuasa tarikh sama.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini