Timbalan Presiden Persekutuan Dodgeball Malaysia (MDF) Nozieka Faisal dipilih menerajui tampuk kepimpinan badan induk berkenaan bagi penggal 2022-2024 pada Mesyuarat Agung Tahunan (AGM) kali ke 7-nya.

Bekas presiden sebelum ini, Datuk Wira Mas Ermieyati Samsudin memilih tidak mempertahankan jawatan itu yang dipegang sejak 2016. Nozieka bukan nama asing dalam persatuan kerana merupakan pengasas badan induk berkenaan pada 2015.

AGM berkenaan juga menyaksikan lebih 50 peratus muka baharu mengisi barisan Majlis tertinggi persatuan berkenaan. Sementara itu, selaku presiden baharu, Nozieka kekal dengan sasaran mahu pasukan negara menjulang kejuaraan Piala Dunia di Mesir pada bulan Disember nanti.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini