Kesatuan Kebangsaan Pekerja-pekerja Bank (NUBE) menyokong tindakan kerajaan untuk tidak membenarkan pengeluaran lanjut caruman Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) bagi tujuan kecemasan seperti bencana.

Jelas setiausaha Agungnya, J Solomon, sekiranya dilaksana, ia bakal membawa kesukaran kepada 3.6 juta ahli yang kini hanya mempunyai simpanan kurang daripada RM1,000.

Beliau melalui twitter rasmi NUBE berkata, pengeluaran simpanan KWSP juga bakal menyukarkan sebahagian besar pencarum yang terdiri daripada kumpulan B40, apabila bersara nanti.

Hal ini disokong statistik yang dikeluarkan KWSP mengenai status simpanan persaraan pekerja selepas pelbagai pengeluaran diluluskan di bawah skim i-Lestari, iSinar dan i-Citra.

Kesatuan tersebut turut bersimpati dengan nasib penduduk terjejas banjir, namun menggunakan dana persaraan pekerja ketika bencana bukanlah pendekatan yang baik.

Bagaimanapun, beliau menyarankan sekiranya, inisiatif yang diberi bagi meringankan beban masyarakat yang terjejas tidak mencukupi, kerajaan perlu menambah peruntukan dari sumber yang sewajarnya.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini