Di Sarawak, seorang remaja nekad terjun bangunan di tingkat tiga selepas netizen mengundinya ‘mati’. Menurut Ketua Polis Daerah Padawan, Superintenden Aidil Bolhassan, mangsa berusia 16 tahun menerima 69 peratus undian untuk mati menerusi kotak undian di akaun Instagramnya. Mangsa sebelum itu menulis catatan ‘Really Important, Help Me Choose D/L pada kotak undi. D bermaksud ‘die’ (mati) manakala L bermaksud ‘live’ (hidup). Difahamkan, remaja berkenaan tertekan selepas bapa tirinya berkahwin dengan wanita Vietnam di Singapura dan jarang pulang ke rumah mereka.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini