Sebuah objek misteri berbentuk kiub ditemukan kenderaan penjelajah bulan milik China, Yutu 2 Rover di permukaan bulan baru-baru ini.

Struktur misteri tersebut didakwa pondok dikatakan sedang disiasat China bagi mengetahui apakah sebenarnya objek itu.

Penemuan didedahkan menerusi diari Yutu 2 dan disiarkan oleh saluran sains berbahasa Cina yang bersekutu dengan Pentadbiran Angkasa Lepas Kebangsaan China, baru-baru ini.

Ia ditemukan 80 meter dari lokasi Yutu 2 dan jurutera mendakwa tempoh tiga bulan diperlukan untuk sampai ke lokasi berkenaan.

Bagaimanapun, terdapat pakar yang percaya bahawa ia kemungkinan seketul batu besar.

Kenderaan penjelajah itu yang tiba di permukaan bulan pada tahun 2019 selepas dihantar dengan sebuah kapal angkasa.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini