Pertubuhan Kerjasam Islam – OIC akan mengadakan mesyuarat luar biasa  bulan ini bagi membincang krisis Afghanistan.

Pertemuan menteri luar negara-negara Islam itu akan diadakan di Islamabad pada 19 Disember. Mersyuarat itu juga bakal disertai rombongan dari Kesatuan Eropah dan kumpulan yang dipanggil P5 terdiri daripada Amerika Syarikat, Britain, Perancis, Rusia dan China

Menteri Luar Pakistan, Shah Mamood Hussain Qureshi berkata, membiarkan Afghanistan pada peringkat krisis adalah satu kesilapan dan menggesa usaha baharu bagi membantu negara yang kini dibelenggu krisis itu.

Krisis kemanusiaan yang dihadapi Afghanistan semakin meruncing sejak bantuan antarabangsa dipotong secara tiba-berikutan kebimbangan berlaku bencana sejak pemerintahan diambil alih Taliban.

Bagaimanapun, usaha mendapatkan bantuan dihalang oleh sekatan berurusan dengan Taliban, keputusan Amerika Syarikat untuk membekukan berbilion dolar rizab bank pusat yang dipegang di luar Afghanistan dan keruntuhan sistem perbankan negara itu.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini