Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) menggesa supaya keganasan di Kazakhstan dihentikan berikutan tunjuk perasaan besar-besaran terhadap kenaikan harga bahan api.

OIC dalam satu kenyataan menyatakan kebimbangan terhadap perkembangan di negara itu.

OIC turut bersedih di atas puluhan orang yang terkorban serta kerosakan harta benda akibat keganasan yang tercetus.

Sebelum ini, pasukan keselamatan Kazakhstan memaklumkan berpuluh-puluh penunjuk perasaan terkorban ketika cuba mengambil alih bangunan kerajaan di Almaty.

Situasi berkenaan turut memaksa Presidennya, Kassym-Jomart Tokayev mengumumkan perintah berkurung di Almaty selain meminta bantuan perikatan tentera diketuai Rusia, iaitu Pertubuhan Perjanjian Keselamatan Kolektif (CSTO).

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini