Orang Kena Tahan (OKT) yang mati mengejut di Kota Tinggi, Johor pada 18 Februari lalu adalah disebabkan jangkitan COVID-19.

Dalam satu kenyataan media, Pengarah Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard (JIPS), Datuk Azri Ahmad menjelaskan jangkitan COVID-19 menyebabkan OKT tersebut mengalami penurunan fungsi organ buah pinggang dan paru-paru.

Namun, pihaknya bersama Unit Siasatan Jenayah dan Kematian Dalam Tahanan (USJKT) Bukit Aman akan meneruskan siasatan daripada pelbagai sudut, sebelum menyerahkan hasil siasatan kepada koroner.

Terdahulu, seorang tahanan dilaporkan mati ketika menerima rawatan di Hospital Kota Tinggi akibat demam dan muntah.

Tahanan tersebut merupakan lelaki berbangsa Melayu berumur 43 tahun dan ditahan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Tinggi atas kesalahan penyalahgunaan dadah.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini