Golongan Orang Kurang Upaya (OKU) antara yang diberi  keutamaan dalam Prosedur Operasi Standard (SOP) penyelamatan Jabatan Bomba dan Penyelamat Terengganu apabila menghadapi bencana banjir.
 
Gelombang monsun timur laut meletakkan agensi penyelamat di negeri itu dalam keadaan berjaga-jaga.

Perkara itu ditegaskan oleh Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat negeri, Mohd Hilman Abd Rashid kepada anggotanya yag  melakukan operasi menyelamat penduduk terjejas banjir. 

Tambahnya, pihaknya telah bersiap-sedia dengan keanggotaan dan logistik mencukupi  bagi menghadapi gelombang monsun timur laut yang dijangka berlaku sehingga awal Januari tahun depan.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini