Pemenang pingat perak Sukan Olimpik Tokyo 2020, Holly Bradshaw muncul antara juara acara lompat bergalah wanita pada saingan terbaharu kejohanan Olahraga iaitu Siri Golden Fly di Phuket, Thailand. Atlet kelahiran Britain itu berjaya melepasi ketinggian 4.51 meter untuk mengatasi pencabarnya, Kristen Brown dari Amwrika Syarikat yang hanya mampu melakukan catatan 4.21 meter.

Turut muncul juara adalah atlet lompat galah lelaki Amerika Syarikat, Austin Miller yang mencatat ketinggian 5.70 meter menewaskan rakan senegara, Jacob Wooten yang melakukan 5.60 meter. Manakala atlet wanita Belarus, Nastassia Myronchik-Ivanova pula muncul juara bagi acara lompat jauh.

Berada di ranking kedua dunia, Ivanova melakukan lompatan sejauh 6.47 meter mengatasi Maria Natalia Londa yang mencatat 6.35 meter. Ini kali pertama siri kejohanan ini diadakan di hadapan pengunjung di Pantai Patong, Phuket.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini