Pelari pecut muda negara, Muhammad Azeem Mohd Fahmi memecahkan rekod kejohanan acara 100 meter pada Kejohanan Olahraga Terbuka Perak 2022 di Stadium Perak, semalam.

Pelari yang turut menerima jolokan ‘Usain Bolt Malaysia’ itu mencatat masa 10.28 saat sekaligus memperbaharui rekod lama yang dipegang Jonathan Nyepa pada 2019. Tempat kedua dimenangi pemegang rekod 100 meter kebangsaan, Khairul Hafiz Jantan dengan catatan 10.80 saat manakala tempat ketiga milik Muhammad Raimi Mustafa Kamal.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini