Sukan Olimpik Musim Sejuk Beijing 2022.

Jawatankuasa Olimpik Rusia telah memperkenalkan uniform dan pakaian rasmi bagi atletnya yang bertanding di temasya itu.

Seperti di Olimpik Toyo 2020, pakaian bagi atlet negara itu tidak dibenarkan menggunakan logo bendera Rusia.

Bagi menggantikannya, pengeluar pakaian Zasport menggunakan warna merah, putih, biru dan kelabu pada pakaian atlet.

Mahkamah Timbang-tara Sukan pada 2020 mengharamkan atlet Rusia bertanding dalam kejohanan-kejohanan utama antarabangsa dibawah bendera Rusia sehingga 2022.

Sebaliknya, mereka akan bertanding di bawah bawah nama Jawatankuasa Olimpik Rusia atau ROC.

Selain itu pihak penganjur juga tidak dibenarkan memainkan lagu kebangsaan Rusia jika ada atletnya yang menaiki podium.

Penggantungan dua tahun itu dikenakan selepas Moscow gagal memberikan data sebenar berkenaan ujian doping para atletnya kepada Agensi Anti-Doping Antarabangsa.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini