Varian Omicron COVID-19 lebih berbahaya bagi mereka yang belum disuntik vaksin.

Ia amaran Ketua Pengarah Pertubuhan Kesihatan Sedunia, WHO Tedros Adhanom Ghebreyesus susulan lonjakan kes jangkitan Omicron global mencatatkan lebih 15 juta kes minggu lalu.

Perkembangan itu menunjukkan varian itu lebih mudah disebarkan berbanding varian Delta yang lebih dominan sebelum ini.

Tedros berkata, majoriti besar individu yang dimasukkan ke hospital di seluruh dunia adalah mereka yang tidak menerima vaksin.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini