Pentadbiran Joe Biden akan mengumumkan strategi memerangi peningkatan kes COVID-19 yang dijangka pada musim sejuk ini.

Strategi akan memberi tumpuan kepada memudahkan vaksinasi yang lebih meluas termasuk suntikan penggalak dan saringan.

Presiden Joe Biden turut menasihatkan rakyatnya untuk tidak panik dengan kehadiran varian baru, Omicron.

Biden mengatakan Omicron dijangka menular ke Amerika tidak lama lagi dan menggesa orang ramai untuk mendapatkan vaksin lengkap atau suntikan penggalak.

Beliau juga akan mengarahkan Pentadbiran Makanan dan Ubat-ubatan serta Pusat Kawalan dan Pencegahan Penyakit untuk menggunakan proses terpantas yang ada bagi meluluskan mana-mana vaksin yang diubah suai untuk melawan varian Omicron.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini