Acara Anugerah Grammy tahun ini ditangguhkan kerana penularan COVID-19 Omicron.

Majlis paling berprestij untuk penggiat muzik itu sebelum ini dijadual berlangsung di Los Angeles dan disiarkan secara langsung di rangkaian CBS pada 31 Januari. Namun, CBS dan Akademi Rakaman dalam satu kenyataan bersama berkata, memandangkan ketidakpastian diakibatkan varian Omicron adalah terlalu berisiko untuk meneruskan acara itu.

Katanya, satu tarikh baharu akan diumumkan tidak lama lagi.

Menurut kenyataan itu, mereka telah berbincang dengan pihak berkuasa, pakar kesihatan dan artis sebelum memutuskan untuk menangguhkan acara tersebut.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini