Angkatan Tentera Malaysia (ATM) sedia membuka semula Hospital Medan sekiranya perlu, susulan kes jangkitan baharu COVID-19 berkaitan virus Omicron. 

Panglima 2 Divisyen Mejar Jeneral Datuk Muhammad Huzaimi Sabri bagaimanapun berkata, setakat ini pihaknya belum terima sebarang arahan berhubung perkara itu.
 
Beliau ditemui selepas majlis Penutupan Hospital-hospital Medan ATM Pulau Pinang di Hospital Pulau Pinang (HPP), George Town, pagi tadi.
 
Hospital Medan di HPP dan Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Medan ATM Kepala Batas, antara hospital Medan terakhir di Malaysia yang ditutup.
 
Untuk rekod, 499 pesakit dirawat di Hospital Medan HPP sepanjang 97 hari beroperasi.
 
Manakala 421 pesakit COVID-19 dirawat di ICU Hospital Medan Kepala Batas sejak beroperasi 28 Mei lepas.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini