Varian Omicron kemungkinan besar akan menggantikan Delta sebagai varian paling dominan.

Menurut wakil Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) di Filipina, perkara itu boleh dijangka berlaku berikutan tahap kebolehjangkitan varian yang ditunjukkan pada peringkat awal di negara terjejas.

Saintis WHO meramalkan Omicron akan menjadi varian yang dominan dalam masa beberapa minggu lagi.

Kajian awal mendapati varian Omicron mungkin 10 kali lebih cepat berjangkit, berbanding virus asal SARS-CoV-2 atau 4.2 kali lebih cepat berbanding varian Delta.

Varian Omicron sudah berada di 77 negara selepas dikesan kali pertama pada November lalu.

Filipina mengesahkan dua kes import varian Omicron pada Rabu.

Ia membabitkan seorang warga Filipina yang pulang dari Jepun dan seorang warga Nigeria yang tiba ke Manila.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini