Amerika Syarikat sudah bersedia untuk menghadapi lonjakan terbaharu COVID-19 dengan jangkaan beberapa hospital akan dipenuhi pesakit.

Namun Presidennya, Joe Biden meminta rakyat tidak panik.

Ini susulan varian Omicron semakin merebak dengan pantas hingga mengganggu kesibukan syarikat penerbangan negara yang mengurus musim cuti Krismas.

Menerusi mesyuarat dihoskan Rumah Putih secara maya, jelas Biden varian Omicron tidak akan memberi kesan sama seperti permulaan wabak menular pada 2020 atau penularan varian Delta.

Tidak menafikan kebimbangan lonjakan kes berlaku, namun menurut Biden ia tidak sepatutnya mencetuskan panik.

Ujian saringan akan diadakan secara meluas di samping vaksinasi besar-besaran supaya jangkitan tidak menyebabkan gejala serius.

Setakat ini, Amerika Syarikat merekodkan 816,000 kematian dan 52 juta kes positif wabak berkenaan.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini