Penasihat Kementerian Kesihatan Jepun mendapati varian COVID-19, Omicron dikesan 4.2 kali lebih mudah berjangkit pada peringkat awal berbanding varian Delta.

Penemuan itu sekali gus berkemungkinan mengesahkan kebimbangan terhadap penularan varian baharu itu.

Profesor kesihatan di Universiti Kyoto, Dr Hiroshi Nishiura menganalisa data genom yang tersedia di wilayah Gauteng di Afrika Selatan pada 26 November lalu.

Varian itu lebih mudah tular serta mampu melepasi imunisasi semulajadi atau menerusi vaksin.

Bagaimanapun kajian Dr Nishiura belum disemak serta tidak diterbitkan dalam jurnal saintifik.

Ratusan sainstis kini sedang memahami varian baharu itu, yang mempunyai strain berbeza dengan lima varian sebelum ini.

Sehingga kini; Kes di Afrika Selatan telah meningkat hampir 20,000 kes sehari sejak negara itu mengesan varian Omicron, dua minggu lalu.

Namun, kes COVID-19 itu masih lagi rendah dalam minggu-minggu sebelumnya, walaupun hanya 26 peratus populasi sahaja divaksin sepenuhnya.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini