Sekurang-kurangnya 30 negara di dunia melaporkan kes yang disahkan virus Omicron, sejak varian itu pertama kali dilaporkan minggu lalu.

Ketika ini Denmark mencatatkan jangkitan kes tertinggi dengan 14 kes diikuti Sweden mencatatkan enam jangkitan Omicron.

Di India, Kementerian Kesihatan negara tersebut buat pertama kalinya melaporkan dua kes jangkitan Omicron membabitkan dua lelaki tanpa gejala serius.

Situasi sama turut melanda Singapura dan Brazil apabila dua negara berkenaan melaporkan dua jangkitan varian itu.

Manakala di Sepanyol, pihak berkuasa mengesahkan jangkitan pertama dalam komuniti membabitkan pesakit berusia 62 tahun yang lengkap dua dos vaksin Astrazeneca.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini