Negara dengan kadar vaksin rendah bakal menghadapi masalah pertumbuhan ekonomi yang teruk dengan kemunculan varian Omicron.

Negara yang memiliki kebergantungan tinggi terhadap pelancongan dan kapasiti rendah untuk menawarkan sokongan dasar fiskal serta kewangan tambahan untuk mengimbangi impak pandemik juga tidak terkecuali.

Menurut Moody’s dalam laporannya, jika varian itu menjejaskan risiko pasaran global, ia akan menyebabkan tekanan kewangan selanjutnya.

Sebagai contoh, negara pasaran sedang pesat membangun yang bergantung pada pasaran antarabangsa untuk meminjam, mungkin menghadapi risiko pembiayaan semula yang lebih tinggi.

Di negara ekonomi maju pula, dengan penggunaan vaksin yang sangat berkesan, kadar vaksinasi tinggi dan sokongan dasar yang meluas kepada sektor swasta, berada dalam kedudukan lebih baik untuk menghadapi cabaran yang ditimbulkan  varian baharu itu.

Tetapi keraguan terhadap vaksin, kekal sebagai penghalang kepada pemulihan di banyak tempat, termasuk di beberapa negara ekonomi maju.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini