Biarpun berdepan ancaman varian Omicron, Fiji menyambut kedatangan pertama pelancongnya hari ini.

Penerbangan pertama dari Sydney itu diharap membawa sinar baharu kepada ekonomi Fiji, yang bergantung sepenuhnya kepada sektor pelancongan.

Ekonomi Negara Pasifik itu antara yang paling teruk terjejas, sehingga menguncup 19 peratus akibat COVID-19.

Jurucakap Pelancongan Fiji berkata, 75,000 pelancong telah menempah perjalanan ke negara itu.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini