Hong Kong mengarahkan sebuah kapal persiaran berpatah balik ke pelabuhan selepas sembilan penumpang kapal itu menjadi kontak rapat kepada pesakit COVID-19 varian Omicron.

Arahan dibuat pihak berkuasa kesihatan ke atas kapal yang membawa 3,700 penumpang yang belayar sejak Ahad lalu.

Berikutan itu, semua 2,500 penumpang dan 1,200 kru perlu menjalani ujian saringan terlebih dahulu sebelum kapal berkenaan dibenarkan belayar semula ke perairan antarabangsa.

Sementara itu, pakar mikrobiologi, Yuen Kwok-yung, memberi amaran bahawa jangkitan mungkin sudah menular di bandar berkenaan.

Beliau memberitahu gelombang kelima bakal berlaku di hab perniagaan yang dikenali sebagai ‘Asia World City’ itu.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini