Indonesia melanjutkan tempoh kuarantin mandatori daripada tujuh hari kepada 10 hari untuk penggembara yang masuk ke negara itu, berkuatkuasa hari ini.

Langkah itu dibuat berikutan kebimbangan terhadap varian Omicron.

Bagaimanapun tiada kes varian Omicron dikesan di negara itu setakat ini.

Dalam langkah berjaga-jaga lain, pegawai kerajaan dilarang melancong ke luar negara buat sementara waktu.

Rakyat juga digesa untuk mengelak daripada melakukan perjalanan.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini