Meski situasi penularan Omicron makin membimbangkan, Indonesia menarik balik sekatan perjalanan sementara terhadap 14 negara yang melaporkan kes varian berkenaan.

Tindakan itu dibuat berikutan langkah mitigasi ketat sudah dilaksana pihak berkuasa Republik itu.

Kenyataan Juru cakap Pasukan Pengawalan Covid-19 Indonesia – Wiku Adisasmito turut memaklumkan, pelaksanaan sekatan perjalanan pengembara menyukarkan usaha pemulihan ekonomi negara.

Hari ini saja, 66 kes Omicron dicatat di Indonesia, menjadikan kumulatif 572 direkodkan, setakat ini.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini