Amerika Syarikat (AS) sedang bergelut dengan lonjakan kes COVID-19 berikutan penularan varian Omicron di seluruh negara.

Penasihat utama AS berhubung pandemik itu, Anthony Fauci berkata, jangkitan terbabit berkemungkinan akan mencapai kemuncak dalam tempoh beberapa minggu lagi.

AS merekodkan 440,000 kes baharu pada Jumaat lalu.

Ia meningkat hampir 200,000 berbanding ketika kemuncak penularan pada Februari tahun lalu.

Selain itu, katanya, semakin banyak bukti menunjukkan kesan jangkitan Omicron adalah lebih sederhana berbanding varian sebelum ini.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini