Kawalan lebih ketat akan dilaksanakan di pintu masuk Malaysia susulan negara merekodkan kes pertama varian COVID-19 Omicron.

Keperluan itu jelas Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hamzah Zainuddin termasuk memastikan setiap pekerja asing yang dibawa masuk telah lengkap divaksinasi. Kerajaan katanya perlu lebih berhati-hati agar tiada lagi penularan varian berkenaan berlaku dalam kalangan rakyat Malaysia.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini