Kebenaran untuk beribadah di Masjidilharam ditetapkan kepada 135,000 jemaah sehari.

71,000 daripadanya merupakan jemaah umrah dan selebihnya jemaah solat.

Menurut Kementerian Haji dan Umrah Arab Saudi, penetapan had dibuat bagi memastikan protokol kesihatan dipatuhi.

Had turut ditetapkan untuk jemaah yang menziarahi Masjid Nabawi di Madinah.

Hanya 15,000 permit dikeluarkan kepada jemaah sehari di kota kedua paling suci bagi umat Islam.

7,000 daripada mereka dibenar menziarahi makam Rasulullah dan 8,000 lagi kebenaran untuk solat di Raudah. 

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini